Tuesday 7 May 2019

What to feel

I don't know. Harini aku rasa everyone is mad at me. I dissapoint my friends, my family, literally everyone. For the first time, i think people are tired of me and my attitude. I don't know what to think or do anymore. Should i get my counselor? Should i just distance myself from others?

For the first time ever, worthless and unworthy was in my head all day long. I think i just realise my worth all these time. I should just quit. Deserve, is not a positive word for me. 

Im sorry friends.

Im sorry. 

Wednesday 19 December 2018

memahami dua naratif

O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful

-Al-Hujurat, verse 6-
-----
setiap orang ada kisah masing-masing. ada kisah benci, ada kisah sakit, ada kisah cinta dan ada kisah keluarga. Jarang sekali kisah-kisah manusia hanya melibatkan sebelah pihak. Kebiasaanya, kisah manusia akan melibatkan dua, tiga dan lebih pihak dalam sesebuah kisah.

Justeru apabila manusia berbicara tentang kisah masing-masing, seringkali ada naratif yang cuba dibawa untuk membuktikan kisah masing-masing, dan kebiasaannya, naratif itu tidak adil.

seringkali kisah yang dibawa ada watak hitam dan putih, dan orang yang menceritakan, haruslah menunjukkan diri mereka putih dengan menceritakan kehitaman perbuatan si hitam. iyalah, nak menang, tak mungkin hendak diceritakan kisah buruk diri sendiri? nanti kena maki pula. 

justeru sebagai orang yang mendengar, haruslah sedar bahwa kisah yang membawa naratif hitam dan putih ini perlu diayak sebelum dipercayai dan disebarkan. penting untuk pendengar cuba berlaku adil dan mencari, jika perlu, naratif puak yang dihitamkan. mungkin yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam.

ayat quran tersebut menceritakan tentang jika datang orang yang membawa satu kisah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidik dan memastikan kesahihan kisah yang dibawa supaya tidak menyesal. 

oleh itu di zaman yang penuh dengan manusia yang ingin berkongsi cerita dengan orang lain, berlaku adil dan selidiklah dahulu akan kesahihan cerita yang dibawa. adalah penting untuk kita memahami dua naratif. kadang hitam dan putih itu hanyalah lakonan, boleh jadi kedua dua naratif adalah hitam atau kedua-dua naratif adalah putih. malah, boleh jadi kedua-dua naratif tidak pernah wujud sama sekali. hati-hati.

-agar hidup, dalam rahmat tuhan :)

Wednesday 14 November 2018

Jujur.

بسم الله الرحمن الرحيم 

"Istighfar kita hari ini, berhajatkan satu istighfar yang lain. Kita beristighfar meminta ampun kepada Allah, 
tetapi kita tidak memaksudkannya. Kita tidak menyesali dosa yang kita lakukan. Kita minta ampun yang kita tidak minta. Maka beristighfarlah atas istighfar yang cacat itu"

- Tok Guru Nik Abdul Aziz

-

Aku melihat ramai dalam kalangan kita yang tidak memaksudkan apa yang mereka ungkapkan. Mereka mengucapkan maaf, namun masih berpaling muka. Mereka mengucapkan tahniah, namun masih dengki dan cemburu. Hanya kata-kata kosong, tiada makna. 

Bagi aku, kadangkala 'being mean' itu perlu. aku perlu jujur, kalau tak dalam hati sekalipun, aku perlu jujur terhadap orang lain. Jika marah, aku perlu beri tahu yang aku marah, bukannya sembunyi dalam kemaafan namun hakikat di hati mendoakan kejahatan. Ini, adalah lebih baik daripada aku menyembunyikan hakikat sebenar rasa di hati.

Ada pula jenis manusia yang suka menyembunyikan hakikat sebenar diri mereka. Apabila ditanya, adakah sedang sedih, mereka berdalih, okay katanya. Hakikatnya, di hati mereka sedang sedih. Apabila ibu bapa tanya, duit ada lagi atau tidak, dijawab ada sedangkan tidak ada. Lebih jengkel, menceritakan kisah tersebut di twitter, dengan niat tertentu.

Apalah salah jika mengaku, 
"Ya, saya sedang bersedih. "
"Ya ayah, duit dah habis "

Mengapa perlu sembunyi akan hakikat sebenar diri kita. Orang bertanya kerana concern. Orang bertanya, mana lah tahu boleh membantu kita. Kita perlu jujur terhadap diri kita. Setiap kata-kata kita itu, perlu kita maksudkan, bukan berselindung.

قل ألحق ولو كان مراً

Walaupun kita tahu pedih untuk kita dan orang lain, namun katakanlah yang benar walaupun pahit.

Seperti juga amal ibadat kita, kita perlu sedar dan faham setiap apa yang kita ucapkan. Apabila kita sedar dan faham, barulah kita boleh memaksudkan segala apa yang kita ucapkan, dan barulah tuhan makbulkan apa yang kita minta dengan mudah.

Oleh itu, berisitighfarlah, kerana istighfar kita hari ini, berhajatkan istighfar yang lain. Maksudkan istighfar kita, pohon sungguh-sungguh keampunan tuhan. Moga Allah ampuni kita.

-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)